LAST
Saturday, April 27, 2013 ♥ 11:44 PM ♥ 0 Love Me
assalamualaikum..tingal lagi berapa hari ja kat kmk(kolej matrikulasi kedah) tak lama g nak keluar dah
sedih sgat..
lagi 2 hari ja
sekarang tengah final exam wish me good luck nya
sem 2 ni saya pemals sikit huhu
tanda-tanda sebelum sakaratulmaut
Friday, February 15, 2013 ♥ 3:33 AM ♥ 0 Love Me
assalamualikum..hampa baca betul-betul taw..supaya benda ni akan jadi manfaat untuk semua orang.Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.
• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
• Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
• Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
• Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
• Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
• Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Wallahua’lam..
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
angan-angan mungkinkah ia realiti???
Saturday, December 29, 2012 ♥ 3:50 AM ♥ 1 Love Me
assalamualaikum...dah lama aku hidup kat dunia nie. skarang dah 29.12.2012. tak lama lagii kita akan sambut tahun baru kan?? tpi sampai skrg aku still rasa kosong. mgkin bla aku cakap macam ni?org kata aku byk dosa tak nak dekatkan diri kepada Allah.. sampai sekarang aku masih untuk mencari redha Allah..aku yakin Allah sentiasa bersama aku. jiwa akn kembali bila aku dekat dengan Allah. bila terjauhkan diri nie. aku rasa janggal macam ada sesuatu yang hilang. bagus la kan??sebab masih ada iman di hati aku.. sem 2 ni kami bljar agama..kenapa??bukan dari sem 1 g kami bljar agama.. dulu kat sekolah pon bljar agama kan???tapi untuk apa??utk exam kan?? lansung tak rasa nikmat tu kan??kat sini aku rasa bahagia sgt dpt bljar agama. best oooo. aku dah 18 tahun nak masuk 19 tahun pon..dah tua rupanya aku nie.. TAPI APA SUMBANGAN TERHADAP AGAMA??entahlah boleh kira dgn jari kot klu bab menderma. klu ada org my mintak bgi la..klu tak da smp mati apa tak menderma. ustazah aku kata apa salahnya kita derma kat masjid seminggu RM 1..tak bayakpon..ayuh rakan2 demi saham akhirat kita.
nty klu akhirat Allah tanya apa sumbngan kita?? kita nak kata apa? jadi untuk kesenagan akhirat kita apa salahnya kan?? SEKALI KITA BUAT BAIK. ALLAH BALAS 10X KALI GANDA.tak nak ka??msty nak kan?
cakap pasal angan2 tajuk kat atas tu. setiap orang ada angan-angan ...angan2 mat jenin ka??asyk berangan ja tapi tak pernah berusaha untk dapatkannya.. kita klu usaha mesty dapat. klu tak dapat Allah sayng kat kita.. klu Dapat Alhamdullilah..mgkin jugak ia ujian untuk kita..nak test kita ni bersyukur ka tak??kan??
banyak benda sebnarnya nak aku luahkan..aku sebenarnya aku takut aku lupa diri..
dulu aku berangan nak dapat 4flat dlam ups dan pspm.alhamdullilah aku dapat apa yang aku inginkan..tapi aku takut aku lupa diri.serius aku takut??aku takut aku megah diri dan sombong..sungguh aku aku takut.. aku takut dah tak hormat cikgu,kwan2 dan ibubapa sebab apa??sebab aku rasa aku dah pandai sgt..aku takut aku rasa macam tuh..aku risau sagt.paling aku takut ,aku lupa kat Allah.mintak2 la dijauhkan..aku selalu ingatkan diri aku untuk selalu bersyukur.. aku rasa diri aku sekarang bukan diri aku yang dulu..aku rasa pelik sagt..aku nak aku yg dulu..aku tak mau berubah..aku tak mau berubah jadi jahat..
YA ALLAH KAU TETAPKANLAH IMANKU. AMIN.
I AM TRYING TO BE A BETTER PERSON NOW!!!
kmk lagi
Wednesday, December 26, 2012 ♥ 4:04 PM ♥ 0 Love Me
pada suatu pagi yag hening,aku dgn syuhada pi jlan2 kat kmk..meronda kata kau sbb tak da klas..syok gitu..huhu~ada satu benda yang slama ni aku tak perasan pon.padahal lalu kat tmpt tu hari2..baru semalam perasn..nampak sgt aku fokus kelas ja kan..(poyos sgt)..rupa2nya kmk ni ada satu bnda yang tersembunyi...jeng...jeng...benda apa tu...aku bgi gelaran taman orchid..pulunnya aku..huhu~ taman nie ada kat laluan ke bilik tutoran...jemputlah mari..
aku tak taw pokok ni nama apa?? aku taw dya nie orchid ja...
lawa kan??gmbr tak elok sgt. biasalah enset murah ja..
nie ambik lepas kelas en.mask
nty aku ceta pasal en.mask pulak k..
measty tertarik punya..
yg nie ambik smlm waktu kelas kimia dibatalkan
semalam pon klas bio batal..syok ooo..tak yah jumpa mr.mask
ko nampak titisan air tu...sukanya????sukannya
ros kot?
morning glory
ko nampk??dah pndai aku sbt sp bnga nie
bestnya tmpat duduk dya..sjuk kot duduk kat sini..redup ka..
nampak tak???
fav aku!!!
hari kiamat
Saturday, December 22, 2012 ♥ 1:42 AM ♥ 0 Love Me
buat ingatan untuk kita semua.renungkan lah..✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Kredit : Pengukir Kata
kenangan Kelas K2S3P6
Wednesday, December 19, 2012 ♥ 10:45 PM ♥ 0 Love Me
satu kelas kami..1st time tgk hafiz angkat peace..
klu tdk sombong memnjg..untg la ku nazri, asiah duk sblah dia.ada yg tak dak ni.
ibni,hunsa,fatin amirah, dan husnika yg tak da..jgn kwan dengan depa..
pembukaan yg ceria.
waaaaaaaa...waaaaaaaaaaa (tengah nangis taw tak) rindu kelas sem 1. kesian kat kat aku.. sekarang dah masuk sem 2 ..dah lbh kurang 1 bulan dah kami belajar kat matrik. tingal lagi 4 bulan nak habis mngaji kat sini..sedihnya tglkan smua kwn2 sem 1..baru ja kejap tdi tngkp gmbr.. waa...rindunya... dapat jumpa hafiz..terubat rindu..ehhhh....perasan...tak mau aih aku..mlawak ja la tdi..jom tgk gmbr yg ambik tdi..
syuhada dan hana
kita kawan smp bila2 taw
aq dan sama tinggi ton huhu..ton nie plg tinggi dalam kelas
*okey aku bohong la..sbnarnya aku jengket
maduuuuuu~
habiss
PSPM
Wednesday, October 24, 2012 ♥ 8:23 AM ♥ 0 Love Me
TAKOTNYER.....cis...klu takot pi la baca bku nie duk menghadap laptop g psl pa??haahh..alala...aku letih la asyik menghadap buku ja...letih kot..cis ...mcm baca buku 24 jam..aq bkannya nak ceta psl tuh..aq juz nak ceta keja gila yg aku ngan kwn2 buat..hari ini sptutnya balik pkul 1 ptg..tpi aku ngan yani nekad nak balik pkul 4 ptg sbb nak pi mkan kat serambi dan bajet nak jmpa pensyarah.. BAJET SANGAT. haha...aq bgtaw fatin..alih2 dia nak join..lgi la syok..gpon dya tumpang aku balik..boleh sgt la...pkul 1.30 kami trun jmpa depan masjid..kami jmpa sultan a.k.a yuni..hehe..lps tu kami pi pjbt pos..pahtu...kami mkn la...tunggu g..yani mengidam nasi kerabu sebnrnya..tgk2 bnda yg diidam tidak kesmpaian sbb mak cik ttup kdai..hakhak..pdan muka yani...hakhak..lps makn mee szilling plus telur hangit..hakhak..terima ksh kak hot plate kat serambi..hbs ja mkan kmi pi cubic..smta2 nak nak cari papa a.k.a en.irwan..amboi ko..dah naik taraf en.irwan tu noh...tgk2 dya tak da..jdi kmi pi la jln2..kat dlm cubic..byk gila cikgu tgur knpa tak balik lagi???jdi kmi buat kptsan utk minta maaf kat cikgu yg ajar kami..cikgu sains comp. ja tak smpat nak minta maaf...minta maaf ya pn.fadzilah dan pn.lis.. selamat hari raya aidiladha.. hbs ja minta maaf..terus nak minta jmpa en.irwan lgi..tujuan asl mna boleh lupa...tgk2 kat bilik dya..dya still tak da..tpi aku tdngr suara dya...aku pon ajk depa trun kot tngga..tgk2 dya boleh duk smbng..MELUAT GILER...org nak tnya soaln ..bley plk duk smbng..hakhak..lalu dpn mak aih...cik dah kenal cikgu cik..pelik gila dya ptg rmbt..seyes mcm org...ada la mna leh gtaw..misai pon dya dah nipiskan..tak ensem lnsng..dulu better g..dah meluat tgk dya...kmi pi la men lift plk..psg smp 3 round smp mak cik cleaner tgk pelik...bru trun ...nakal gila..hbs ja tu...kmi ingt nak balik...tpi dah lalu dkb singgah la...kami masuk dkb1,,,sejuknya,,rindu nak bljr..tiba2 terngt kat che amir..cerita dya mcam ni..CERITA CHE AMIR
habis ja kuliah biologi..semua org pkat siap2 kemas brg nak balik..pintu kat dewan kuliah satu ja boleh pakai sebelah kanan ja boleh guna..sebelah kiri pulak depa ttup..aku dgn kawan2 duk seblah kiri..si CHE AMIR ni pi jmpa madam intan nak sign khdiran..pastu dya bjln penuh yakin ke arah kiri..fatin dah usha lama dah che amir tuh...fatin kata mcm ni kat aq "nisah,bsedia utk gelak taw??" aku mula2 tu tercenggang, tiba2 nampk che amir tolak pintu..fatin serta merta gelak kuat2...satu dewan dgr..amir lnsng kalih belah kami..kami apa g tunduk rapat la..dia pon bjln dgn cuaknya naik ats kuaq kot pintu ats..gelak smp sekrang kot..
pastu dalm dkb1 tu,kami lakonkan balik la..hahah..lawak gila..pastu kmi pi dkk4 lak...psg lgu kmk kuat2 dlm 2..haha..kenangan yg takkan aku lupakan...
cukup2lah nohh...
aq nak pi tido lak...ngantuk gila nie...gud 9...
sebelum tu,,
ni ada doa tido untuk hampa semua

baca taw...baru boleh tido taw....
aq nak pspm dah ni...doakan aku taw,,,